Thursday, March 28, 2013

Sarapan Murah RM3 Carnation Quick Kitchen

Sebelum itu, selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang sedang menjalani ibadah puasa qadha, puasa nazar mahupon puasa sunat Khamis hari ini. 1 Ramadan 1434H dijangka akan jatuh pada 10 Julai 2013. Hari Raya Puasa 2013 pula mungkin akan jatuh pada 8 Ogos 2013. So, harap-harap kita semua kekal stabil dan segera bangun kalau terjatuh ya..


Carnation Quick Kitchen 
Set sarapan pagi yang comel, selamat dan mudah dibawa.

Carnation Quick Kitchen siap bagi resipi

chilli & onion

Set sarapan semurah RM3.
Secawan kopi dan omelette sandwich chilli & onion.
Promosi minggu ini di LRT PWTC.


Domino's chili flakes
Tambah chili flakes atau sos untuk rasa yang lebih sedap!
~HALAL Jakim~
(>.<)
11am - brunch time!

Wednesday, March 27, 2013

Tuesday, March 26, 2013

Percutian Misteri di Moroccan Pavillion

Selamat datang ke Maghribi dengan hanya membayar tiket semurah RM3 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM1 rasanya.. Morocco dan Maghribi ialah sama ya.

Mungkin saya dan kawan saya ni sahaja yang mengalami insiden agak misteri di Morocco ini. Sebab  merayau waktu tengah hari buta kot! hehe!  

Taman Botani Putrajaya Moroccan Pavillion ini dibuka seawal jam 7 pagi dan ditutup 7 malam. Sila beli tiket di kaunter dulu. Agak jauh juga nak menapak ke pintu masuk Morocco ni. Senaman... hehe!

Taman Botani Putrajaya Moroccan Pavillion 

Misterinya berlaku di ruang gambar di bawah ini.
Banyak kali snap asyik tak jadi je. Mujur ada telefon bimbit Sony Ericsson 2MP ni.. Samsung tab gagal berfungsi dengan cemerlang ketika itu. Bila snap tempat lain, ok je..

Tempat misteri snap asyik tak jadi..

Taman indah ini dibina sejak Oktober 2003, idea Tun Dr Mahathir. Maka dapatlah saya merasa seperti melancong ke Maghribi. Tak mampu nak pergi Maghribi yang betul... Ada banyak bilik di Moroccan Pavillion. Anda juga akan dihidangkan dengan lagu Maghribi yang best!

Taman Botani Putrajaya  Morocco Pavillion
Jadual Waktu Operasi

Nak tengok gambar yang lagi best nan indah menawan, jenguklah blog bro Akubiomed & sayadankemerasaya.wordpress.com

*Tengah-tengah hari buta jangan merayau tau! Itu waktu 'mereka' aktif..




Sunday, March 24, 2013

Tips and Tricks For Looking Slim Part 1


from fadzblogshop

How to look more slimmer?

Just add a belt to highlight your waist.
This can instantly make you look 5 lbs thinner.
Creating curves can often draw the attention to the waistline, creating a slimmer and sexier style.

Ini Romy Fazeli Alahmari yang cakap. He is a beauty and health expert from Kymaro.

credited: yahoo.com & fadzblogshop.blogspot.com

Saturday, March 23, 2013

One Day You'll Be Mine Inawza Yusof

Amani berlesung pipit dagu belah yang hepi
lepas sepak bola jaring bowling. Rosak le bola tuuu....!!

One Day You'll Be Mine ODYBM...
Macam psiko je bunyinya..

Novel One Day You'll Be Mine Inawza Yusof

Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof terbitan www.karyaseni.com
Mesti nama sebenar penulis ini ialah Azwani Yusof, diterbalikkan je Azwani tu maka jadilah Inawza. (Dulu ada novelist best nama LAMIA AIMAL yang menghasilkan DONIA). Novel ODYBM setebal 963 muka surat ini telah selamat dibaca malam tadi. Kalaulah setekun itu mengaji Al-Quran, kan ke bagus.... teettt!!!

Ceritanya best, berunsur J-Pop bukan K-Pop, sebab tu boleh cepat khatam. Watak-watak utamanya ialah Fitri dan Ehsan. (Kenapa mesti wujudkan watak lelaki dan wanita idaman  yang super gorgeous?) Boleh baca di www.penulisan2u.com. Beli novel lagi best sebab boleh baca atas katil sambil tertidur dan resit belian boleh claim Income Tax. Oh! Belum isi income tax lagi!!

Lepas ni, nak baca novel Abang RAM (Ramlee Awang Murshid) Aku Bercerita pula. Harus tunggu ibu Amani habiskan pembacaannya yang entah kapan tu. Macam kena beli sendiri je. huhu!

**Kalau jadi novelist, nak guna nama pena apa ye?
Ceh!! Update blog pon malas! hahaha!




Thursday, March 21, 2013

Jus Kurus Petua Kurangkan Berat Badan

tembam semasa kecil itu comel


Kenapa wanita selalu obses untuk kurus?
Oh! Tidak semua wanita berfikiran kolot begitu.
Jaman sekarang, lelaki metroseksual pon hebat juga (ada yang bermekap mengalahkan wanita sejati..)

Anda mahu berat badan ideal?
Berikut ialah petua yang dipetik daripada majalah (Mingguan Wanita rasanya)

'Sediakan 2 biji lobak merah dan perahan sebiji timun yang telah diparut. Gaul sebati dengan 1 biji limau nipis (air perahannya kot!). Amalkan minuman jus kurus ini. Nak lebih cepat berkesan, minumlah pagi dan malam ye.' Sekian





Tuesday, March 19, 2013

Petua Rambut Lurus

Anda nak rebonding rambut murah? 
Hanya RM69!! Sila tengok sini kot ada offer lagi..

dalam skrin ialah lagu Inilah Barisan Kita
semasa 1Million Women Purple Walk 2013

Kalau dengar lagu Inilah Barisan Kita, mesti rasa sesuatu..
Dulu mula-mula belajar lagu Inilah Barisan Kita, jaman sekolah tadika.
Melalak je tanpa rasa apa-apa.. Dulu lain, sekarang lain..
Anda nak luruskan rambut sendiri?
Mungkin boleh cuba petua moden di bawah.
**Artikel daripada yahoo.com

Produk rambut
Sekiranya rambut anda kerinting atau beralun secara semulajadi, gunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun atau argan. Ini kerana minyak semulajadi tersebut mampu melembutkan rambut dan mengatasi masalah rambut kusut. Anda juga harus menggunakan pelembap rambut sebelum melakukan proses meluruskan rambut demi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan rambut bercabang.

Pengering rambut
Mencari pengering rambut di kedai memang kerja yang mudah tetapi apa yang anda perlu ketahui adalah kualiti sesebuah pengering rambut itu perlu dititikberatkan. Jangan beli pengering rambut sebarangan kerana ianya boleh membawa kepada kerosakan rambut. Ada sebab mengapa sesetengah pengering rambut berharga sedikit mahal. Berbeza daripada pengering rambut biasa yang menyejat keseluruhan air pada rambut, pengering rambut yang menggunakan teknologi ionik berfungsi memecahkan molekul air pada rambut, membuatkan kelembutan rambut terjaga.

Besi pelurus rambut
Haba yang dihasilkan oleh besi pelurus rambut perlulah bersesuaian dengan jenis rambut anda. Jika rambut anda halus dan nipis, gunakan haba yang rendah manakala haba sederhana tinggi pula digunakan untuk rambut tebal dan kasar. Untuk mengetahui sama ada suhu tersebut bersesuaian dengan rambut, uji dengan tisu dahulu. Sekiranya tisu hangus, itu bermakna besi pelurus rambut itu terlampau panas untuk rambut. Letakkan pelapik di besi pelurus rambut tersebut demi mengelakkan masalah rambut kering.

Monday, March 18, 2013

Juara Towerthon Pejabat 22 Tingkat Sahaja


Sebelum itu, (tiba-tiba je..) nak wara-warakan bahawa gambar header ialah bukti kehadiran ke aktiviti 1 Million Women Purple Walk 2013 di Putrajaya pada Ahad; 17 Mac 2013. Cerita selanjutnya boleh rujuk di blog cik gebu kita ni. hehe!

Berikut ialah kronologi kejadian towerthon 2013 (panjat tangga pejabat).

1. Bakal juara towerthon (berjersi Garoos ala color Selangor merah kuning) sedang memanjat tangga. Kedudukannya adalah antara top 5 pada ketika itu.. 

Gigih memanjat tangga

2. Video bakal  juara tengah semput naik tangga sedang dalam proses editing oleh JAV kami, dijangka siap dalam sedikit hari lagi.

3. Juara yang tidak disangka-sangka sedang mengambil hadiah 'tempat pertama' towerthon bagi kategori Wanita Bawah 40 Tahun. o yeay!!! Sila percaya. Alhamdulillah... :-)

Bos yang sporting sedang memayungi juara!
Postur badan perlu diperbaiki!!

4. 'We are the champion!!'
Mari nyanyi ramai-ramai ye adik-adik.. (>.<)

Bos dapat no.3 kategori Lelaki Atas 40 tahun.
(Bos kan dah agak tua!!)

Sekian.

Thursday, March 14, 2013

Secret Foods That Make You Run Faster

Jumaat 15 Mac 2013, ada towerthon di pejabat. 
Towerthon ini ialah acara memanjat anak tangga dengan maju jayanya. (boleh rujuk contoh gambar di bawah - awek cun posing naik tangga tahan nafas tarik perut ke dalam so boleh nampak perut agak kempis!!).   

Lihatlah dunia!!
Sesungguhnya setelah 3 dekad hidup (3 dekad????!! awet 'mudanya' saya!!!!), saya akan menyertai towerthon setinggi 22 tingkat kali 11 anak tangga sahaja. 

iklan jap:
Encik Ghost Writer itu sangat awet muda rupanya walaupon sudah 48 tahun.
Sangat tidak percaya. huh!!! (>.<)

Taman Seribu Bunga di Melaka

What should i eat to make me run faster?
This article might be help us. credited to yahoo.com



1. Makanlah baked beetroot sejam sebelum berlari. 
Boleh improve stamina kita. Siapa tak kenal beetroot (ubi merah ke?) boleh rujuk gambar ini:
beetroot from google 

2. Makan oatmeal. 
Oatmeal will help us to keep our blood sugar sugar stable and maintain our speed. Cuba makan semangkuk oat sejam 2 sebelum berlari. Semalam sistolik dan diastolik saya berada pada paras merah!! Glukosa dan kolestrol juga pada paras marabahaya. Kena rajin puasa minggu depan..

3. Fresh Fruit
Sila makan buah-buahan segar dan mudah hadam. Contohnya buah pisang. 'banananaaaaaa'. hehe! Pisang kan tinggi karbohidrat dan kurang berasid berbanding epal dan buah sitrus lain. Buah mengandungi banyak air so kita boleh stay hydrated for our run.

4. Dark Leafy Green
Sayur berdaun hijau gelap ini adalah sumber nitrat yang boleh increase our speed and endurance. wow!! macam popeye makan spinach!! Sayur ini boleh improve energy levels and enhance our run. Artikel ini syorkan makan pasta dengan salmon, brokoli, baya, kobis, daun salad, kale atau swiss chard. Tak kenal? Rujuk gambar ya:


swiss chard. hijaunya!!

kale. hijaunya juga!!


5. Green tea
Minum teh hijau boleh regulate blood sugar levels and preventing energy crashes. Green tea pon ada kafein, so akan bagi energy juga. 

Teknik towerthon?
Jalan je laju-laju. Jangan lari nanti pengsan. haha!
Try aim not to pause too long. Nak restart susah ooooooo!!!

*anepringgo advised me to keep on jogging daily to keep fit.
Ok, me surrender!!



Tuesday, March 12, 2013

Faedah Janggut dan Misai


Kacak tak lelaki dewasa bermisai di atas??

Jika anda ingin tahu, antara rahsia awet muda golongan lelaki adalah janggut dan misai. Adakah???
Di sini, kami terangkan beberapa faedah yang terdapat sekiranya lelaki menyimpan janggut. Tapi anda perlu ingat, kalau ingin bergaya dengan misai dan janggut sekalipun, pastikan ianya dijaga dengan bersih dan rapi!

Perlindungan daripada matahari
Tahukah anda bahawa janggut mampu menghindari kanser kulit? Ini kerana para penyelidik berpendapat bahawa janggut dan misai rata mampu melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya. Lelaki pakai sunblock tak??

Boleh mencegah lelah
Mereka yang menghadapi lelah akan senang jatuh sakit apabila terdedah kepada kawasan berhabuk. Oleh sebab itu, misai boleh menghindarkan habuk tersebut daripada memasuki rongga hidung.

Melambatkan proses penuaan
Rambut yang terdapat pada kulit wajah mampu menyimpan lembapan dan membuatkan kulit sentiasa lembap. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Kalau kulit kering cepat berkedut?

Melawan batuk
Janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher, lantas mencegah selsema. Cuba semak, adakah ini benar?

Menghalang ruam
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah cukuran yang tidak dibuat dengan berhati-hati. Untuk mengelakkan masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja. Janggut sejemput itu encem! (seperti gambar di atas)

credited: yahoo.com

Monday, March 11, 2013

Trilemma Percintaan Monday Blues


'Marry someone who makes you laugh..'

Kalau orang tu tak suka kita, nak buat macam mana kan...! haha!
It's not the end of the world!

J.Bovier sale 50%

Berkawan rapat ala Teman Tapi Mesra dengan A dan B. Akhirnya berkahwin dengan C. (episod merisik, melamar dan bertunang dipotong untuk menjimatkan kos pembikinan.  Dalam kurungan perbelanjaan berhemah!). 

Btw, kalau status anda sudah berkahwin, sila elakkan gosip percintaan di pejabat ya. Kasihan pasangan anda.. (ada yang terasa tak? lalalala!)

Merujuk kepada entry gambar J.Bovier hari tu, apek laoban kedai TIMEX di The Mall mencadangkan supaya saya beli yang warna off-white seperti gambar di atas. Ada orang cakap, hitam itu menawan. Mesti apek tu sebenarnya nak cakap 'tangan ko hitam, so jangan beli hitam!' 

Untuk makluman, The Mall tu akan ditutup untuk kerja renovation. Kedai jam apek ni pon  buat sale Buy 1 Free 1. Saya pon dah beli sendiri (satu unit sahaja) sebab En.Hubby saya belum wujud lagi ya wahai Bro AkuBiomed

Dengarnya, Parkson The Mall situ nak buat grand sale minggu ni. Bulan lepas, SengQ The Mall tu dah buat grand sale. The Mall telah diambil alih oleh Sunway Group sekarang.

Apa Trilemma Percintaannya ni?
alaa... macam cinta 3 segi. Ada 3 pilihan.. Kan susah tu. 
Sebenarnya saya menghadapi trilemma nak beli jam. hahaha! Bab shopping ni mesti menang membeli dan memakai tahu! Beli tudung bawal eksklusif or tudung Ariani harga mahal-mahal tapi kalau tak pandai bergaya, tetap tak nampak mahal, kan!

Sekian.
Wahai Encik Tukang Karut,
Sistem HRMIS tu bukan hari ini je tak boleh buka.. hehe!
Cepat update SKT masing-masing wahai penjawat awam. (>.<)






Sunday, March 10, 2013

Hukum Memotong Rambut Di Kedai Amoi


Selamat datang ke Aquaria

Isnin lepas dah ambil cuti.
Bos-bos pon dah luluskan cuti dalam sistem HRMIS yang sangat efisyen tu. (HRMIS boleh dilayari seperti di bawah).
Tiba-tiba mengalami cirit-birit seawal 5pagi. Sehingga 10 pagi, adalah 4 kali memerut! Terus menapak ke klinik depan rumah iaitu Klinik Akashah; a lady doctor. Bukan Ahadiat Akashah atau Aqashah Dejavu di Kinabalu tu..

*Panjang intronya..

Selepas sejam lebih menunggu (ramainya pesakit Isnin!), tibalah giliran saya. Doktor suruh baring untuk periksa perut. I geli youuuuu!!!
Doktor cakap kompem cirit-birit sebab bunyi usus menggelodak (lebih kurang macam tulaaa..). Ingatkan ladies pain. Maklumlah remaja kan selalu mengalami gangguan hormon.

Lepas ambil ubat dan dapat MC, berangan pula nak potong rambut. Menapak le pula ke salun amoi yang berdekatan. Ada 2 orang pelanggan lelaki sedang didandan oleh amoi-amoi salun itu. Di sebelah saya, 2 orang lelaki yang disyaki berniat nak jadi pelanggan salun itu juga sedang mengintai dari luar.

Hey guys!
The mamak barber is just next to the amoi's saloon. Kenapa kamu nak potong rambut di kedai amoi ni? Kamu kan muslim?? Tahu hukum kan?! Ini bukan kes darurat. (cakap dalam hati je..).

Saya terus balik ke rumah dengan kekecewaan. DIA tak izinkan saya potong rambut sebab salun itu unisex dan boleh nampak dari luar. Salun Fasha Shanda tu tertutup tak? Saya berazam nak jadi kaya dan buka salun khas untuk muslimah. Selain itu, saya juga nak bina kolam renang tertutup khas untuk muslimah sebab baju renang muslimah itu tetap seksi kan.. Ada sesiapa yang sudi bagi saya modal?? (>.<)


..Aquaria di Klinik Akashah..

Capaian HRMIS:
1. www.eghrmis.gov.my
2. http://hrmis.eghrmis.gov.my
3. http://hrmisone.eghrmis.gov.my
3. http://hrmis2.eghrmis.gov.my


Friday, March 8, 2013

International Women's Day

J.Bovier buy one free one

Salam 
To all gorgeous ladies,
Happy Women's Day!

Today; 8 March 2013 is International Women's Day.

Everyday, 
remind yourself that you are the best!
Happy International Women's Day!!

** 1 Million Women Purple Walk 2013 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya akan ditunda ke 17 Mac 2013. Kita masih ada masa untuk berlatih. Setakat 1.5km je.. (>.<)

*J.Bovier (gambar di atas tu) yang mana satu lagi sesuai?

Thursday, March 7, 2013

Rahsia Kecantikan Neelofa

credited jarigoyang.blogspot.com

Ini rahsia, jangan bagi tahu orang lain!
Kalau rahsia, mana boleh bagi tahu kan?
Hehe! ayat budak kecik..

Neelofa tu cantik tak? Cantik le daripada korang. haha! just kidding!
Rahsia Neelofa cantik jelita ialah sebab dia mewarisi gen cantik daripada ibunya (sila rujuk gambar di atas), yang mana ibu Neelofa sendiri mewarisi gen cantik daripada nenek Neelofa. Makanya, Neelofa pon cantik jelita dan menawan. Oh! Jangan salahkan nenek moyang kita yang tidak sejelita nenek Neelofa ya!!

Neelofa macam saya pulak. hoho!

Neelofa rajin guna topeng wajah dan scrub 2, 3 kali seminggu selain guna penyegar dan krim pada wajahnya itu. Neelofa kan pelakon cum pengacara yang selalu disolek tebal. Selain itu, Neelofa makan supplement kesihatan yang bertindak juga sebagai antipenuan iaitu BellaVita. Produk BellaVita ini juga keluaran bisnes keluarganya. 

Petua kulit lembut mulus Neelofa ialah sebab dia rajin guna losen sejak zaman remaja lagi dan losen kegemarannya ialah Johnson's Body Care. Maka rajin-rajinlah anda semua sapu losen ke seluruh tubuh gebu anda setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Sekian..  

*Neelofa jangan seksi-seksi ya..

Mingguan Malaysia 24.2.2013


LinkWithin

related posts with thumbnails