Sunday, August 14, 2011

Baju Kurung Siap & Baju Melayu Siap di Jalan TAR

Salam.
Nota penting kepada para pelanggan setia kedai-kedai baju di Jalan Tuanku Abdul Rahman:

1. Baju Melayu siap - boleh didapati di Kamdar & Aniz.
Kedai Aniz ini bukan kedai aku tapi kedai orang, terletak sederet dengan Gulatis/Euro Moda/Bata etc. Dicadangkan untuk harga bajet sederhana. Senang cari baju melayu sahaja, sepasang atau lengkap bersamping. Design kurta yang labuh itu pon ada.  

2. Baju kurung siap - hampir semua kedai ada.
Baju kurung cotton itu harganya RM40 ke atas. Sila pilih dengan teliti sebab ada kedai yang jual stok tahun lepas. Untung tokey sebab stok boleh carry forward!

*Terdapat banyak gerai baju & keperluan raya di kawasan pasar malam Jalan TAR.  Gerai makin bertambah, asal ada je tempat kosong atau tanah lapang, maka adalah gerai.

*Hati-hati kalau nak beli baju di gerai-gerai itu sebab harganya tak display. Kajian rambang kami mendapati ada gerai yang jual baju kurung cotton (high quality) siap, plain & bermanik yang lebih mahal daripada kedai tetap.

Contohnya baju yang design sebijik sama dijual di Rimbun pada harga RM199, di kedai (tak ingat nama) sebelah Giant Maju Junction RM159 tapi di gerai Jln TAR ialah RM249. Harga diskaun ialah RM200!! Mahal mengalahkan kedai berhawa dingin. Baju kurung siap untuk kanak-kanak pon mahal. So watch out!!

*MUAZ Textiles pon ok. Berbaloi-baloi.. hehe! (>.<)


Kawal nafsu shopping..


38 comments:

James Alexander said...

hehehe...

dah bertahun rasanya tak beli baju raya....

blog-tips-kurus said...

James A,
bila dah TUA, macam tu lah yek? :-)

*tak tido ke??

dill said...

memang penuh ngan gerai. manusia berpusu-pusu. dah macam sardin dlm tin. pergh~

dill.

blog-tips-kurus said...

dill,
sesak oooo..!!
lagi selesa round kedai je. ada air-cond! tengok harga pon tak sakit hati. :-)

Anonymous said...

jap jap motip gambo jenazah dgn shopping?????

buat org takut nk shopping jer kihkihkih...

dah lama giler tak shopping raya kat TAR kat 10 thn kot kihkihkih

blog-tips-kurus said...

J Gojes,
hehe! itu soft reminder = 'baju mahal' yang akan kita pakai di sanaaaaaaa.. ;)

ORLANDO AHMAD said...

GPS bleh detect tak kedai2 yg jual baju melayu?

~Sal Ismail~ said...

1st time x beli baju raya tahun ni..sob*

aanie said...

nanti nak g shopping!!!

penaberkala said...

entah ada entah takde baju raya taun ni
xyah beli la, save bajet taun ni,haha

rafina mimi abdullah said...

ada dua pasang je baju raya..hehe :) syukur alhamdulillah..

HEROICzero said...

apa kene mengena gambar tu dgn shopping ?

ha ha .

tahun ni nampak gaya pakai baju raya tahun lepas ni . =)

NasQ said...

belum ada nafsu nak bershopping raya lagi...

blog-tips-kurus said...

Ustaz O Ahmad,
Company saye belum launch lagi tu. Baju tak melayu pon dia bole bagi tunjuk arah dengan tepat nanti. ;)

blog-tips-kurus said...

Sal i,
takpe, takpe.. beraya dengan baju tak baru pon ok maaa... :-)

blog-tips-kurus said...

aanie,
hati-hati ye. jangan lupa anak! :)

blog-tips-kurus said...

penaberkala,
'diulang:
beraya dengan baju lama pon takpe. janji bersih & kemas'. :-)

blog-tips-kurus said...

Mrs Y,
amboi! > daripada 1!! :-)

blog-tips-kurus said...

HeroicZ,
saja.. khidmat masyarakat. (>.<)

*baju tahun lepas ada banyak lagi yang belum pakai kan?!

blog-tips-kurus said...

TK,
hehe! suka shopping minit terakhir le tu! (^.^)

Unknown said...

pssttt...last2 pakai kain kapan ye x....

Bob Merley said...

last sekali shopping kain kapan. hehehe

Unknown said...

nnt nk try la cari.. hehe

blog-tips-kurus said...

atok SA,
iyola tok.. beringat tu. ;)

blog-tips-kurus said...

Bob M,
hehe! itu baju yang pasti.. ;)

blog-tips-kurus said...

NIck I,
selamat mencari. :-)

Unknown said...

kak..apik takder lagi baju raya..tolong belanja apik..hehehe

AmirFX said...

Tahun nie tak beli lagi baju melayu.. Recycle balik baju tahun lepas.. haha..

mykhalis said...

orang tumah tukang jahit.. tapi dia tak jahit lagi baju Khalis..

puteri ain said...

kenapa ada gmba jenazah ??

blog-tips-kurus said...

apik p,
meh datang sini. kat Hari-Hari je yek! :)

blog-tips-kurus said...

AmirFX,
bagus! bagus! jimat tu.. :)

blog-tips-kurus said...

mykhalis,
itu perkara biasa.
(kakak sendiri selalu mengadik-tirikan adiknya ini. huhu!)

blog-tips-kurus said...

puteri Ain,
itu kelas menguruskan jenazah. soft reminder.. ;)

Xavi De said...

ni org pggil baju raya tunjuk..
g kedai, tunjuk jer mane yg nak..:D
ape kaitan gambar jenzh tu..???

blog-tips-kurus said...

Xavi De,
hehe! baju melayu johor je yang senang nak buat tau tapi tak reti pon! baik beli siap lagi jimat & efisyen.

*sajeeeeee... :-)

akubiomed said...

Tahun ini baju Melayu pakai yang tahun lepas sahaja. Cuma baju untuk menziarah beli baru :-)

blog-tips-kurus said...

akubiomed,
banyaknya sesi baju.. ;)

LinkWithin

related posts with thumbnails