Saturday, April 16, 2011

Tips Jika Penyewa Lari

Laporan Polis ke- 2 Tahun 2011, 1432H 


Tips:
1. Jangan panik, mesti bertenang & istighfar.
2. Tarik nafas dalam-dalam & hembus perlahan-lahan. Buatlah 2, 3 kali..
3. Terus hubungi penyewa berkenaan. Kalau dia tutup telefon, sila cuba nombor telefon spouse atau pejabatnya.
* AMARAN: Anda perlu wajibkan penyewa mengisi borang biodata diri dengan lengkap & tepat (termasuk maklumat tempat kerja). Kalau boleh, ambil salinan kad pengenalannya. Contoh borang adalah seperti berikut:
-
-
-
`sori, tak jumpa la pulak kat mane failnya.. sape nak nanti saye emel dengan suci hatinya. :-)`

4. Kalau jarak rumah sewa tu dekat, silalah bergegas ke tempat kejadian ASAP. Jangan datang seorang diri. Sila ajak orang yang boleh dipercayai atau POK untuk temankan anda.

5. Jangan datang dengan tangan kosong. Sila bawa dompet (berisi sedikit wang & kad pengenalan), kamera yang baterinya penuh, telefon bimbit & lampu suluh. Cutter mungkin perlu untuk pecahkan mangga/pintu. 

6. Setibanya di tempat kejadian, sila ambil gambar keadaan rumah mangsa. Senang nak buat bajet baik pulihnya nanti. Periksa semua bilik (termasuk bilik air), kot-kot ada mayat ke.. eeeiiii!!! Sentuh papan! Sila periksa bil elektrik & air yang terkini juga-kot ade accrued. Kalau dia lari, biasanya mesti ada bil yang tak bayar! cisssss kek!! (Gunakanlah kepakaran ala CSI masing-masing. Aku ni "Alias Jennifer Garner" je..)

7. Kalau ada sisa makanan kat sinki, terpaksalah buangkan untuk mengelakkan bau busuk/berulat. eeeeiiiii...!! cisssssss lagi!

8. Selepas itu, sila bergegas pula ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Sambil tu, tanyalah jiran sebelah kot depa perasan bila suspek tu lari. Jangan lupa kunci semula semua pintu depan/belakang bagi mengelakkan kejadian lain yang tidak diingini. Guna mangga tadi atau beli kat kedai jap. 


* Tiada caj dikenakan sebab tidak melibatkan urusan JPJ.
* Sila ingat maklumat perjanjian penyewaan (bila mula disewakan, jumlah sewa, tarikh sepatutnya bayar sewa).
* Jumlah kerosakan (contoh: lampu/kipas hilang termasuk bil terakru) juga boleh dinyatakan dalam laporan tersebut.

** Laporan polis dibuat adalah untuk membolehkan anda menyewakan rumah tersebut kepada penyewa baru atau kalau nak failkan saman kepada suspek. Jumlah kerosakan ditanggung sendiri oleh pemilik rumah. Polis tak akan cari suspek - banyak lagi kes jenayah berat depa nak handle..

jangan tension! mari makan @ Yummy, Solaris
Life must goes on! :-)

** Millionth x zillionth of thanks to Ms JJ, Pak Ali & H..
(saje garis juga walaupon x link!!)

8 comments:

faiz said...

kalo xreport xbley sewa kat org baru ke..

Jumir said...

Nak buat camne....kan.

Unknown said...

wah, baru atok tahu leh repot ek klu penyewa larik

papabear said...

kenapa la dalam dunia ni ramai sangat yg suka menipu.. isk isk..

blog-tips-kurus said...

faiz,
lebih afdhal buat report. kalau malaun tu datang buat kacau, kita ada back up.

blog-tips-kurus said...

ms J,
buat yang sepatutnya je la..

blog-tips-kurus said...

tok SA,
hehe.. klu tak kena musibah ni, ai pon tak tau.

blog-tips-kurus said...

papabear,
saje nak banyakkan lagi kerja polis.. hoho!

LinkWithin

related posts with thumbnails